Tindakan Gangguan Terusan Suez 2021

Mula-mula, pihak berwajib merancang untuk memindahkan dua buah kapal di belakang Ever Given untuk memberi laluan kepada operasi pengapungan semula. Bahan api dan 9,000 tan air tolak bahara dikeluarkan dari kapal untuk meringankan bebanan sementara jentera-jentera berat termasuk mesin pengorek berusaha mengorek keluar haluan.[27][28] Lapan buah kapal tunda membantu untuk menarik kapal keluar.[29] Peter Berdowski, Ketua Eksekutif Royal Boskalis Westminster, menyatakan bahawa operasi mungkin menelan masa berhari-hari atau berminggu-minggu.[30]

Pada 25 Mac, SCA menggantung semua aktiviti pelayaran melalui Terusan Suez sehingga Ever Given dapat diapungkan semula.[31][32] Pada hari yang sama, penasihat kepada Presiden Mesir Abdel Fattah el-Sisi mengenai pelabuhan berkata, beliau menjangka terusan dibuka dalam masa "48 hingga 72 jam, maksimum".[33] Pada hari berikutnya, Lembaga Terusan Suez berkata bahawa operasi mengorek adalah sekitar 87 peratus siap.[34]

Pada 26 Mac, SCA menerima tawaran daripada Tentera Laut Amerika Syarikat untuk menghantar pakar-pakar menilai pengorekan dalam usaha mengalih keluar kapal.[35]

Pada 27 Mac, SCA berkata bahawa 14 kapal tunda sedang memanfaatkan air pasang untuk memudahkan usaha dan banyak lagi akan sampai untuk menolong jikalau cubaan gagal. Yukito Higaki, presiden Shoei Kisen Kaisha, melaporkan bahawa kapalnya tidak kelihatan rosak dan seharusnya dapat berjalan sebaik sahaja diselamatkan.[36] Pada jam 5.00 petang GMT, akhbar Egypt Today melaporkan bahawa kapal telah beralih sebanyak 30 meter ke arah utara. Sehingga 27 Mac, lebih 300 tertunggak di kedua-dua hujung dan juga di tengah-tengah terusan, sementara banyak lagi menghampiri atau berubah arah.[37]

Pengerusi SCA, Osama Rabie, dalam sidang media menyatakan bahawa punca utama kapal terbabas bukanlah keadaan cuaca tetapi mungkin kesilapan manusia atau teknikal, dan faktor-faktornya sedang disiasat.[38]

Pada 28 Mac, usaha membebaskan kapal membolehkan buritan dan kemudi dialihkan ketika air pasang, dan Rabie menyatakan bahawa air dapat melalui bawah kapal semula, malah kapal berkenaan boleh berganjak dari kedudukan semasa bila-bila masa, lebih-lebih lagi tanpa perlu memunggah sebarang kontena angkutannya yang berjumlah 18,300 buah sungguhpun menghadapi rintangan dari gelora air dan angin,[39] apalagi Presiden Mesir Abdel Fattah el-Sisi mengarahkan persiapan untuk meringankan muatan kapal.[40]

Pada 29 Mac, Ever Given diapungkan semula separa tetapi masih tersangkut di terusan. Data satelit menunjukkan bahawa haluan kapal telah dialihkan sedikit dari pinggir pantai tetapi masih tersangkut di tebing terusan. Buritan kapal sudah dipusingkan ke tengah laluan air.[41] Kapal berkenaan akhirnya kembali bergerak pada 16:30 waktu tempatan.[42]

Rujukan

WikiPedia: Gangguan Terusan Suez 2021 http://www.marinelink.com/news/completes-waterway-... http://www.theguardian.com/world/2021/mar/24/huge-... http://archive.is/Uhgai http://www.caironews.net/index.php/sid/224460353 http://www.maritimebulletin.net/2021/03/23/bulk-ca... //geohack.toolforge.org/geohack.php?pagename=Gangg... //www.worldcat.org/issn/0099-9660 //www.worldcat.org/issn/0307-1235 https://www.abc.net.au/news/2021-03-26/suez-blocka... https://www.cbc.ca/news/business/suez-canal-egypt-...